Wednesday, September 26, 2007

Projek

Pagi-pagi td sebaik sahaja online YM..-(14 Ramadhan 1428)aku dh dikejutkan dgn soalan2 utk org2 yg baru kawin nih.


si Polan : pn *** bila nk ada baby

kakuro : ada rezeki adalah, dh delay nih.Ko mcm mcm mn?

Si Polan : hehe..kalo bulan ni tak datang, adalah kot

kakuro :eh..bulan2 posa ada projek juga ka..:D
Itulah ko kawin dekat2 bulan puasa..haha

si Polan :Eleh..kutuk aku.ok byeee


heheh..nk gelak aku dgn sikap kawan yang xsampai sebulan menjadi isteri org nih.Tak dinafikan semua org teruja mulakan hidup baru.Dulu sorang kini berdua..esok lusa..bertiga..berempat..rezeki lebih 9 dan 10.Rezeki Allah...Moga2 rezekimu murah wahai kawanku..

Tuesday, September 25, 2007

Pesan Mak

Pesan Mak sebelum aku kawin -

* jaga makan & pakai anak orang mcm mn mak dia jaga..memasak,gosok baju..
* jaga maruah suami bila kat luar rumah
* terima & syg mertua serta keluarganya mcm mn syg kat mak & ayah, terima org tuanya
mcm mn aku terima anaknya.
* bantu suami tenaga/duit & lain2
* mcm mn buruk/baik mertua kena terima
* sabar dalam segala hal
* sembahyang & berdoa jgn tinggal
* dahulukan suami dari mak & ayah

Alhamdulillah, semua pesan mak aku igt dan aku ikut.

Sebelum & Selepas

Sedar tak sedar hari ni dah hari ke-14 kita puasa,,erkk..ataupun baru hari ke-12, ke-10..:D, kalau bagi orang perempuan xkisahlah dh hari keberapa pun. Macam mana pula bagi kaum adam, semestinya cukup2 14 hari.Tiada keuzuran..:D

Tahun ni tahun pertama aku berpuasa sebagai orang yang dah berkahwin.Mcm-mcm perasaan yang dipikirkan sebelum tiba bulan Ramadhan... berbuka, sahur...

Masa Bujang dulu kalau dekat kg, bila tiba masa berbuka, sahur..semua juadah dh tersedia..tunggu nk suap ke mulut je..lagilah pulak time sahur kalau boleh nk ada org yg tolong suapkan.Punyelah malas. Kadang terpikir, kuatnya mak kita bertungkus lumus masak dalam penat2 berpuasa..nk jamu suami & anak2.itu yang aku terpikir masa bujang.

Sekarang ni bila dh kawin, aku lalui apa yang mak aku lalui..aku rasa apa yang mak aku rasa..aku punyai tanggungjawab sama mcm mak aku ada..balik kerja dalam penat2 berpuasa aku juga memasak mcm mak aku, bezanya skrg aku memasak hanya utk suami, hanya kami berdua. Pastinya beban aku masih xsetanding dgn mak aku, memasak utk suami & anak2.Pastinya juga masakan aku tak sesedap mak masak.

Thursday, September 13, 2007

Permulaan

02 Ramadhan 1428 : Hari ke-2 puasa

Teringin rasa nk mencoret
sepatah dua kata
mcm kalian semua
biar xsehebat mana pun aku tulis
cuma hendak berkongsi cerita
pada semua agar jalan kehidupan ini bermakna sampai ke penghujungnya