Tuesday, September 25, 2007

Sebelum & Selepas

Sedar tak sedar hari ni dah hari ke-14 kita puasa,,erkk..ataupun baru hari ke-12, ke-10..:D, kalau bagi orang perempuan xkisahlah dh hari keberapa pun. Macam mana pula bagi kaum adam, semestinya cukup2 14 hari.Tiada keuzuran..:D

Tahun ni tahun pertama aku berpuasa sebagai orang yang dah berkahwin.Mcm-mcm perasaan yang dipikirkan sebelum tiba bulan Ramadhan... berbuka, sahur...

Masa Bujang dulu kalau dekat kg, bila tiba masa berbuka, sahur..semua juadah dh tersedia..tunggu nk suap ke mulut je..lagilah pulak time sahur kalau boleh nk ada org yg tolong suapkan.Punyelah malas. Kadang terpikir, kuatnya mak kita bertungkus lumus masak dalam penat2 berpuasa..nk jamu suami & anak2.itu yang aku terpikir masa bujang.

Sekarang ni bila dh kawin, aku lalui apa yang mak aku lalui..aku rasa apa yang mak aku rasa..aku punyai tanggungjawab sama mcm mak aku ada..balik kerja dalam penat2 berpuasa aku juga memasak mcm mak aku, bezanya skrg aku memasak hanya utk suami, hanya kami berdua. Pastinya beban aku masih xsetanding dgn mak aku, memasak utk suami & anak2.Pastinya juga masakan aku tak sesedap mak masak.

No comments: